Showing posts with label bila berdua. Show all posts
Showing posts with label bila berdua. Show all posts

Saturday, August 25, 2012

raya tak best taun ni sebab tak makan banyak

1. Keje

Aku tak suka kerja sekarang. Project Secretary? Heh. Rasa mcam clerk je kot. Aku sorang je dr E**C & kerja ngan orang Petronas Carigali H. Bos bukan main cerewet, semua bajet hebat depan bos. Bajet hebat la orang2 Petron ni. Buat orang mcm kuli die pffft. Bila dah kene puji dr bos, pndai pulak claim keje tu die yang buat. 

Slame ni budak2 prektikel je yang conteng2 whiteboard, skang aku pulak y buat keje tu. Even nak buat table kt whiteboard pon suruh aku, korang y laki2 lagi tinggi lagi gagah mase bulan pose pon nk suruh aku buat bende bodoh tu? Dah la bodoh, buat keje dua tiga kali. Ko amek la marker, conteng la puas ati.Ade ke patut nak buat table je pon kt whiteboard tu, ni tak, dah la suruh aku, bg stupid orders, sorang cakap gini, sorang ckp gitu, tak ke bodoh macam tu? Ingat aku sorang perempuan kt situ boleh buat macam2? Nak semua bende cepat, nak itu ini tapi dalam contract, tak detail. Stupid as$. Bila aku berbunyi, lagak dorang mcam nak kenakan aku balik. Fine, lain hari aku balas.

2. Cuti

Aku ni sekarang dah la susah nak dapat cuti sbb bos mcm tu. Lgpon nak tgok hp mase kerja pon tak sempat. Keje dorang, aku yang buat. Keje aku, lgilah berlambak2. Eeee geram. Harap cuti raya ni je panjang sket. Lepas ni mane ade mase nak ngular, mane ade mase nak fun2. Asek2 keje. Tkdek life betol la hidup ni. Btw, ni gmba first aku snap for my own car. Syukur.. Nak ford fiesta boleh, tapi bayar banyak la kan bulan2. Nak cari celah mane duit? Huh kesian.


3. Relationship

Biasa la kalau dah raya, mmg soklan wajib mak2 sedara "ade lagi ke tak". Bila dah jawab ade "bile nak kawen". Stended jawapan aku "5 taun lagi." Eh, memamng betol ape pakwe aku cakap 5 taun lagi planning die. So aku amek je la jawapan tu kasi kat semua orang y tanye kan. Dorang pon duk pot pet pot pet la. Ekceli boleh je aku jawab, "xsedia nak kawen lagi" or "tak cukup duit lg" "takutla nak kawen" tapi saje je bagi jawapan tu, nak dengar pendapat orang mcm mane. and most of them cakap "kalau 5 taun, carik orang lain la. Entah2 dah ckup 5 taun nt, kite dah tua. Die pulak nampak org laen lebih muda, sia2 la tunggu lama2"
Aku duk "urm2 betol betol betol". Stakat tu je betolnye. Tapi xde effort nak carik orang laen pon. Eh korang ingat senang ke nak carik orang buat laki sekarang ni? kalau carik sekadar nak 'u pakwe i, i makwe u' aku dah serik. Ko ingat aku umor sweet 18 lagi ke sop?

Aku ni dah cakp banyak kali dah aku ni bukan kapel stakat nak main2 je. Aku kapel sbb nak buat laki. Tapi nak buat cane, kalau kita sorang je pikir macam tu kan. Alternative nye ade. Contohnye ade classmate aku dlu confess ckp he really likes me and kalau kumpul duit lg 3 taun, "will u marry me?". Erk, aku mcam terkejut jugak. Tapi, aku xboleh terima sbb die kawan aku kott. Xboleh2. Rase pelik. Hmm tp hormat la kat die sbb ckp mcm tu.

Even pakwe aku pon xpenah nak tanye gitu. Tak penah nak sentuh pon pasal kawen. Kalau ade, aku yang initiate, xpenah pon die. Yang 5 taun tu pon sbb ckp "mebi kawen 5 taun lagi kot sbb xstabil blablabla". Takde pulak cakap "lg 5 taun lagi kite kawen eh". So thats it. Pity me. And i blame myself too sbb takut nak mengaku pekara sebenar, takut kalau clash ngan die, what if takde orang nak or menyesal pulak. Haih

So kalau ckp pasal kawen, msti gadoh punya. Tapi lepas tu baik semula. Macam siot je. But i cant help it sbb bile dah lama, rase mcm sayang kot this r/ship. Kot2 ade keajaiban nanti mcam kwn aku si sikin, sekejapppp je kenal then tunang n lepas ni nak kawen. Mana tau kan hehe. Dulu aku cukup pantang orang kawen umor 22, 23 sbb aku rase sangat muda, baru lepas uni dah nak kawen kan. Tapi sekarang ni rasa, "apa salahnye, duit boleh cari kalau dah sehaluan gitu, rumah pon senang nak dapat sbb gune 2 nama". Tapi yang kawen terlampau awal, si suami skejap keje sekejap tak, mmg kurang cerdik la namanye.

4. Rambut

Nampak gamba atas? rasenye dah bezaman aku dyed rambut. Tapi still xilang2. Sudah -.-'
Yang jdik persoalannye, sah ke kalau solat? atau pon pose? kawan2 aku cakap "takpe as long as ko dah rase menyesal, tu semua urusan Allah swt. Ko solat je pastu taubat etc.."

So mebi nanti pakai inai hitam kot nak tutup, pastu boleh la aku solat tanpa rase bersalah nye kot2 orang pandang atas bawah atas bawah kann. Walau pun aku on off tudung, tapi aku baik tauu(sedapkan hati)
So sheh, pandai2 la orang dah bagi nasihat berbakul2 tak dengar buat ape.

Kbai.
Eh selamat hari raya, maaf zahir batin suria muhamad. Lol tetiba. Takpelah.

Kbai




Sunday, May 13, 2012

Thursday, January 5, 2012

Bosang giler breaking dawn urghh!

"Penat la kapel lama-lama, last2 die kawen ngan orang lain. Ko tak rasa penat ke? Abes tu ape yang aku buat ngn die selama ni? Msg, call, bercinta, bersayang-sayang, habis macam tu je?" Kata orang emo tu. Langsung tak berbaloi kan? Oh lupa. Breaking dawn tak best siot. Jack n Jill suam-suam kuku je. Ah, bosanggg.

Friday, December 16, 2011

#2 semakin dekat, semakin jauh.

Dan bila cinta itu pudar sebelum waktunya , Pabila byk ruang hati dipenuhi duka , Bila kata-kata sinis penyebab luka, Dan kata-kata manis dibiar saja, Bila tindakan tak lagi berpayungkn setia, Bila mana nafsu memenuhi fikiran, Bila masing-msg tak mahu mmbetulkan kesalahan, Lalu pertelingkahan brpanjangan. Bila mana kau datang mmbawa kesedihan, Brsama kegembiraan, Hati tak keruan, Hormat sering dilupakan, Kata-kata melebihi akal fikiran, Tiada lagi persefahman, Bila-bila mencetus prgaduhan, Tiada lagi rasa kasih sayang. Dan bila cinta dan perasaan turut hilang , Janganlah ikutkan, Bila mana ia hilang, Carilah dimana ianya mula-mula datang. Bila mana ia suram, Carilah dlm pelosok hati paling dalam. Dan bila ianya betul-betul hilang, Terimala hakikat ianya tidak kekal, Bila hidup masih berlandaskn Tuhan. Tetapi bila cintanya tetap, Bila mana ianya hanyalah ujian, Maka, Ajar kan aku utk terus bertahan.

hujan lebat la sekarang!

Kita tak akan selalu di atas. Kadang-kadang dalam hidup ni, ada satu ketika kite rasa sangat terbeban. Seperti yang aku rasa sekarang ni. Banyak sangat masalah, bertimpa-timpa datang. Semuanya bercampur aduk sampai aku rasa hidup aku benar-benar serabut. Kenapa semua benda atas kepala aku? Kenapa bukan orang tu? Kenapa bila masa aku susah, takda orang pun paham perasaan aku? Kenapa masa dorang susah, aku selalu ada? Kenapa? Aku buat banyak dosa ke? Kenapa?

Tak mudah nak ceritakan semua bende. Tak mudah untuk bagi orang paham sesuatu pekara. Dan walaupun die paham pekara tu, mampu kah die tolong kita? Masalah aku, aku yang akan selesaikan sendiri.

I motivate myself. Aku punya self confidence yang tinggi. Tapi mampu kah aku tanggung semua masalah seorang diri? Mampu ke aku buat keputusan untuk semua orang? Tak. Aku tak mampu. Dan kalau aku katakan aku kuat, aku tipu.

Yg pasti, semua ini psti ade hikmahnya. Hanya perlu pecaya
http://mail.google.com/mail/x/-ms-samsung/

Saturday, December 10, 2011

#1

Bila bercakap, katanya biadap. Lebih baek berdiam diri. Tak ada lagi perkara yang menyakitkan hati.

Just keep holding on. Selagi mampu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...