Wednesday, October 13, 2010

hidup saya sekarang part IV


Kerja memang susah. Lebih-lebih lagi bila ada jer keadaan yg membuat kita rasa malas nak pergi keje. i.e conflict ngn colleagues, conflict ngn bos, office environment xbest etc..

Aku selalu lepak ngn kawan2 muda aku kt office, pastu keluar umah lepas keje, ataupun just duduk lam umah mengadap pc, makan makanan yg mak masak,tengok tv, tengok femili, semua tu utk lepaskan tension keje. Sebenarnya keje aku sekarang takde berat, xdek stress pon. Bos oke jer, colleagues lagi lah oke. Tapi nak cakap stress takde, mmg tipu. Aku stress tang mane pn aku tatau. haha! Atau mebi bukan stress, tapi bezi. Ya, bezi dan penat.

Bile kita dah capai tahap umor (mcm aku 23), dah stat keje, dah stat bergaul dengan orang tua, org yg matang, org yg pikir tentang femili, orang yg besar tanggungjawabnye dari kita, secara tak langsung.. aku dah jadik tua. Yang dah stat panggil panggilan "encik, puan" kepada nama panggilan biasa, walaupun orang tu 10 taun beza umor. Aku sedar yg aku semakin dewasa. Secara tak langsung, aku pikir aku pon ade tanggungjawab sendiri. 

Selama ini aku hanya hidup ikut kepala hotak aku jer. Idup tak sepayah mana pon. Duit mak ayah bagi, problem setel dengan bantuan keluarga, dengan bantuan kawan, ya memang ade dengan usaha aku sendiri tapi berbanding ngan sekarng.. Dulu aku tak perlu bimbang sebab aku pikir orang sekeliling aku akan jadik first aid aku. Sekarang, aku yang mencorakkan how to live my life, how to settle problems,  how to behave to others. Semua kene sendiri.

Aku takut sebenarnya nak hadap hidup yg semakin mencabar,  hidup yg semakin tua ini. Nak hadap hidup yg penuh dengan muka-muka asing dlm idup aku. Nak hadap kawan baru lagi. Nak adapt ngn persekitaran baru. Tapi bile dengar pengalaman colleagues aku time dorang mula-mula keje dlu, aku stat pikir. Alangkah beruntungnya aku. Sudahlah diatur kerjayanya, dugaan pula tak seberapa. Tapi aku tetap mengeluh lebih kuat dari org laen. De hell lah.

Yang aku perlu ada sekarang ialah sabar, tau macam mana nak buat hidup sebagai MT dengan tujuan, bukan bile aku tak suka aku marah orang, aku buat something yg buat orang geram, maen-maen dngn kerja yg aku rasa tak kekal tapi hakikatnya kau dah tade keje laen selain keje yg ko ade sekarang. Tapi macam mane nk handle problem dengan tenang. 

Sedar yg ini bukan lagi assesment time masa belajar. Ini adalah real life aku. Aku kene ada tujuan, aku kene ade ultimate goal yg perlu dicapai. Kalau tak, sia-sialah org yg taruh kepercayaan pada aku. Dan sia-sialah masa, tenaga yg aku gune selama ni. Aku nak jadik ape?  Aku tanak hidup aku sama, aku nk lebih daripada tu. Aku nak hidup aku memberi makna pada orang laen.

Ya Allah, tetapkan imanku supaya aku tidak terus lalai. Dan tetapkan imanku supaya aku boleh menjadi hambamu yang soleh. Amin..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...